Saturday, September 21, 2013

Cinta manchester united

Cinta akan datang bila kita jujur
Tak payah nak sembunyi sembunyi

Aku peminat team Manchester United sejak zaman sekolah. Tapi masa tu minat sebab minatkan David Beckham. Minat sebab minatkan kelincahan Ryan Giggs. Tak pernah pulak aku ambik tahu tentang pemain pemain lejen yang sebelum itu. Malah aku tak tahu pun pasukan Manchester United wujud sejak zaman hitam putih lagi.

Suatu hari, aku keluar makan dengan suami aku. Masa tu kami sedang mengenali hati budi masing masing. Tiba tiba keluar cerita pasal bola. Imbas kembali. Trivia Manchester United. Dia tanya aku kenal tak sipolan sipolan ni? Dia lejen Manchester United. Aku sengih. Dalam hati aku fikir, nak angguk ke nak geleng. Nak cakap betul ke, nak cakap tipu. Dalam ketegangan memerlukan kepantasa bertindak pada ketika itu, aku memilih untuk menggeleng.

"Sebenarnya saya cuma minat team tu je. Yang lain lain semua saya tak tahu. Infact rule main bola pun saya tak tau sangat"

Lepas tu suami aku yang masa tu belum lagi jadi suami ketawa terbahak bahak. Nak tahu sebab apa dia gelak? 

Sebab sebelum ni kalau ada game Manchester United aku akan beria ia update status facebook.

GGMU !!
Pehhh ! Power betul giggs.

Lepas tu aku pernah komen kat status suami yang masa tu belum lagi jadi suami;

Weh kita geng rupanya.. GGMU !

So dia ingat aku ni memang die hard fans bola. Padahal !! 

Oleh itu jadilah diri sendiri. Tak perlu cuba bersungguh sungguh untuk fit in dengan pasangan kita semata mata sebab ingin diterima kerana persamaan persamaan yang kita ada. Walau nampak bodoh pun lantak lah. Sebab cinta bukan cuma kerana kelebihan yang kita ada, tetapi menerima segala kelemahan dan kekurangan. 


No comments: