Saturday, October 5, 2013

Perempuan

Perempuan.
Sifatnya keras, dan bengkok. Kalau dipaksa lurus, kelak kan patah. Kalau dibiar seperti apa sifatnya, maka akan kekal begitulah dia. Bengkok, dan keras.

Perempuan.
Sekali di lentur bukan bermakna akan selamanya lurus. Tidak. Bukan begitu. Usaha perlu terus. Lentur perlu sentiasa. Kau harus memegangnya sentiasa. Melenturnya dengan melodi yang lembut namun sekali sekala perlu sedikit keras.

Perempuan.
Kalau dipaksa lurus kelak kan patah.

Perempuan.
Membentuk dia perlu sabar.
Melentur bukan boleh dipaksa.
Harus lembut. Adakala sedikit keras. Sedikit sahaja kerana kelak akan terpatah.

Terpatah.

No comments: